Walaupun Teruk Dikritik, Zarina Zainuddin Harap Netizen Dapat Kebaikan Dengar Selawat Tafrijiyah

  

Walaupun Teruk Dikritik, Zarina Zainuddin Harap Netizen Dapat Kebaikan Dengar Selawat Tafrijiyah

DITULIS OLEH : YANA ZULAIKHA
DISEMAK OLEH : HAZIQ
DITERBITKAN PADA : 30 JULAI 2025 
DITERBITKAN JAM : 12:15 MALAM


Kalau sebut nama Zarina Zainuddin, ramai yang mengenalinya bukan saja sebab lakonan mantap dalam drama-drama tempatan, tetapi juga kerana keperibadiannya yang ikhlas berkongsi tentang kehidupan sebagai ibu kepada anak-anak istimewa

Terbaharu, Zarina sekali lagi mencuri perhatian netizen, tetapi kali ini bukan sebab lakonan atau cerita pasal anak-anaknya.

Sebaliknya, Zarina memuat naik satu video di TikTok yang menunjukkan dia sedang mengalunkan Selawat Tafrijiyyah.

Namun begitu, dia dikritik kerana netizen berpendapat alunan suaranya kurang merdu dan 'mengganggu'

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 8.6K komen dan 92.7K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing terhadap suaranya.

Walau bagaimanapun, ini respon Zarina menurut laporan Berita Harian:

"Saya hanya mahu mengajak orang untuk berselawat, tidak semestinya untuk berselawat perlu suara sedap, betul tak? Saya mengaku suara saya tak sedap.

"Tetapi untuk yang kutuk itu, cuba mereka pula berselawat. Entah-entah mereka yang kutuk ini langsung tidak hafal atau tak lancar.

"Mereka mengata orang sahaja pandai. Sekurang-kurangnya, apabila saya muat naik video itu akan mengajak orang lain untuk berselawat sekali,"
 katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aiman Max Mengeluarkan Single “Superar el Desamor”

Aiman Max Umum Album Terbaru “Max Play” – Bakal Dilancarkan 17 September 2025

Saingan Hebat Antara Sharnaaz, Shafiq & Zamarul di AMT 2025